Konsert Virtual Pertama Wings Berlangsung Meriah, Ditonton Peminat 10 Negara

Konsert virtual buat julung-julung kali, Wings Kita Merdeka berlangsung meriah 29 Ogos lalu dan disiarkan secara langsung kepada peminat seluruh dunia. Live streaming itu telah ditonton oleh lebih 3500 peminat seluruh dunia dari 10 buah negara antaranya United Kingdom, Switzerland, Australia, New Zealand, Taiwan, Singapura, Brunei, Hong Kong dan Malaysia.

Perancangan sebulan setengah berjalan lancar

Menurut vokalisnya, Awie, mereka penganjuran konsert berkenaan kurang diyakini oleh dia dan ahli lain. Bagaimanapun, dengan perancangan dan keyakinan penganjur, segalanya berjalan lancar seperti direncanakan.

Ia satu pencapaian baru dan sangat bermakna buat kami. Ini satu langkah yang baik dan perlu dijalankan terus untuk artis-artis lain pula.

Terima kasih kepada penganjur yang datang melamar kami untuk konsert ini dan agak terperanjat juga kerana hanya ada tempoh sebulan setengah daripada tarikh perjumpaan dibuat bagi perbincangan sehingga persembahan ini berlangsung.

Awalnya, saya kata bolehkah dan mampukah untuk Wings lakukan projek persembahan berskala besar ini. Namun, penganjur amat yakin dan Alhamdulillah kepercayaan itu akhirnya menjadi satu kenyataan. Terima kasih juga kepada pihak penaja lain.

Turut dihadiri peminat



Selain secara virtual, konsert itu juga turut dihadiri 260 penonton di Dewan Wawasan Convention & Exhibition Centre, Jalan Pudu Ulu, Cheras, Kuala Lumpur untuk sama-sama memeriahkan konsert bersejarah sepanjang 35 tahun penubuhan kumpulan itu.

Penonton puas hati persembahan memukau





 Kredit: Harian Metro


Sumber: Oh! Media