KKM Tambah Kakitangan Jalankan Ujian Di KLIA & KILA2


Seperti kita semua sedia maklum, kes Covid-19 di Sabah semakin membimbangkan dan kebanyakan orang semenanjung ke sana juga sudah mula membawa wabak itu kembali ke sini. Di tambah pula dengan PRN Sabah hari tu, lagilah menjadi-jadi.

Tapi apapun, pihak KKM mengesahkan yang pihak mereka telah meletakkan lebih banyak kakitangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan KLIA2 bagi melancarkan proses saringan penumpang yang tiba dari Sabah.

Kementerian Kesihatan sudah menambah kakitangan di KLIA dan klia2 untuk menjalankan ujian saringan kepada semua pengembara dari Sabah yang tiba di pintu masuk antarabangsa dan domestik. Peraturan baharu itu bermula hari ini dan mereka dipakaikan gelang kuarantin dan diwajibkan menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO). - Tulis kenyataan KKM di Twitter.

Bagaimanapun, sejak pagi tadi ada juga beberapa perkongsian dari mereka yang berada di KLIA yang terpaksa menunggu berjam-jam sebelum dapat menjalankan saringan. Orang juga ramai di sana. Lihat gambar yang dikongsikan KKM di bawah.


Diharapkan mereka yang kini berada di KLIA dapat bersabar. Kesian tengok mereka yang terpaksa beratur panjang dan bersesak. Harap pihak yang berwajib mengutamakan keselamatan mereka dengan meletakkan di tempat yang lebih sesuai berbanding jalankan ujian di KLIA. Mungkin boleh dibawa menaiki bas dahulu ke tempat saringan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media