Jika Facemask Kita Bernilai RM1,000, Indonesia Pula Hukum Baca Yassin & Laung Azan


Kalau kita Malaysia didenda RM1,000 kerana tidak memakai facemask di tempat awam, lain pula apa yang dilakukan pihak berkuasa Indonesia. Ada banyak hukuman yang dilakukan mereka dan ia berlainan mengikut kawasan.

Jika di Jambi, Indonesia, mereka yang tidak memakai facemask akan dipaksa melaungkan azan dan membaca surah Yassin di tempat awam.

Kenapa membaca Yasin? Supaya ada kesan sekali gus mendoakan virus ini cepat pulih dari negara ini. Masih ramai masyarakat mengabaikan peraturan dikeluarkan kerajaan bagi mengekang penularan Covid-19. Belasan penunggang motosikal ditahan dalam operasi kerana tidak menggunakan pelitup muka. Malah, ramai yang nekad berpatah balik bagi melalui sekatan itu. - Kata Ketua Polis Cilegon, Jajang Mulyanan.

Sebelum ini juga viral gambar di media sosial yang menunjukkan Indonesia membawa mereka yang melanggar SOP ke tanah perkuburan untuk memberi pengajaran kepada mereka dan melihatkan betapa bahayanya wabak Covid-19.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media