Ini Jawapan Luna Maya Tentang Hubungannya Bersama Ariel Noah


Selepas berpisah pada tahun 2010 lalu, hubungan pelakon dan penyanyi, Luna Maya bersama Ariel Noah dikatakan masih lagi berbaik sampai sekarang. Ketika menghadiri program Rumpi yang diacarakan oleh Feni Rose, Luna menjawab tentang hubungannya bersama Ariel Noah.

Menurut petikan Harian Metro, Luna Maya menjawab tidak ada yang mustahil dekat dunia ni selain menggigit telinga sendiri. Kah! Siapa je yang boleh buat macam tu? Maksud Luna disitu adalah tidak mustahil sekiranya dia kembali bersama Ariel suatu hari nanti. 

Kehidupan kita tu semuanya dah ditentukan, kalau betul maknanya terjadilah nanti dengan izinNya. Kalau dah jodoh tak kemana ye dak? Kedua-dua mereka juga masih lagi mengucapkan selamat hari jadi sekira tiba waktunya, cuma tiada hadiah je. 

Kredit: Harian Metro


Sumber: Oh! Media