Imam Rayu Orang Awam Henti Sebarkan Video Kubur Berdarah


Baru-baru ini, terdapat satu video yang tular di media sosial yang menunjukkan cecair merah di kubur. Menurut laporan Astro Awani, Allahyarham merupakan seorang yang sentiasa bersedekah kepada khariah masjid dan mempunyai keperibadian mulia. 

Imam Masjid Al-Irfan di Derga, Kedah yang bernama Abdul Hadi Awang berusia 55 tahun memohon kepada orang ramai agar dapat menghentikan penyebaran video tersebut kerana ia boleh mengundang pelbagai andaian serta mengaibkan jenazah. 

Abdul Hadi berkata perkara ini sudah menjadi kes polis dan dia mengharapkan agar keluarga Allahyarham bertenang dan bersabar. Ketika berkunjung ke tanah perkuburan, dia dan rakan-rakan jemaah lain mendapati terdapat cecair berwarna merah pada pukul 11 pagi semasa mereka memberi penghormatan kepada jenazah. 

Namun, dia tidak menyangka ada pihak yang merakamkan kubur itu. Apa yang paling mengejutkan adalah individu tersebut turut menyebarkan melalui aplikasi Whatsapp dan selepas beberapa jam kemudian, ia tersebar di platform media sosial yang lain.

(Penyebaran video) mengaibkan keluarga jenazah itu sedangkan dia (Allahyarham) orang bagus, (seorang) cikgu, banyak buat kebajikan pada masjid ini. Pejabat agama kata perkara macam ini jangan cepat percaya (viral) mereka seronok (sebarkan).

Pada malam tadi, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar oleh setiausaha masjid berkenaan iaitu Yahya Saad. Manakala Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Sheikh Ahmad Faisol Omar pula berkata mereka masih menunggu siasatan pihak polis mengenai isu terbabit sebelum mengulas lebih lanjut.

Untuk pengetahuan, Allahyarham yang berusia 78 tahun telah meninggal dunia pada tiga minggu lalu akibat sakit tua. 

OHMEDIA: SEMOGA INDIVIDU TERSEBUT DAPAT DIKENALPASTI SECEPAT MUNGKIN.


+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media