Hampir 500 Pengunjung Dikompaun RM1,000 Bersesak Dalam Kelab Malam


Nampaknya semakin banyak pemilik pub atau kelab malam yang mula beroperasi dan tidak mengikut SOP yang ditetapkan pihak kerajaan dan KKM.

Perkara ini kita dapat lihat apabila semakin banyak berita yang keluar menunjukkan serbuan pihak berkuasa ke premis-premis berkenaan.

Terbaru, seramai 161 orang pengunjung kelab malam di Damansara Utama telah dikompaun kerana gagal menjaga penjarakan fizikal dan bersesak-sesak dalam presmis terbabit.

Serbuan dijalankan Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, malam tadi.

Semua mereka berusia 20 hingga 40 tahun itu didapati tidak mematuhi penjarakan fizikal dan peraturan yang ditetapkan bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Semua mereka dikompaun dan dibenarkan pulang selepas kompaun dikeluarkan. - Kata Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Zuhairee Mohamad Rashid.

Sebelum ini juga seramai 310 pengunjung pusat hiburan telah dikompaun RM1,000 seorang di Mutiara Damansara kerana melakukan kesalahan sama.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang geram dengan pengunjung kelab malam di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media