Eira Syazira Izinkan Azad Jasmin Menikah Lagi


Menurut laporan Astro Gempak, pelakon Azad Jasmin memberitahu bahawa isterinya yang juga merupakan seorang pelakon iaitu Eira Syazira memberi keizinan kepadanya untuk bernikah lagi. Biar betul diorang ni?

Apa yang lebih mengejutkan adalah hasrat Azad untuk bersanding sekali lagi tidak pernah dihalang dengan isterinya, malah dia memberikan sokongan. Ya, tapi dengan syarat! Azad kena bersanding dengan orang yang sama iaitu dengan dia.

Memang saya teringin nak 'menikah' lagi. Isteri saya tak kisah nak menikah berapa kali pun dan dia izinkan. Dengan syarat, kena bersanding dengan orang yang sama iaitu dengan dia. Saya pula memang dah lama menyimpan hasrat nak bersanding sekali lagi. Jadi saya rasa pada ulang tahun kami yang kesembilan ini dengan memiliki tiga orang anak adalah waktu terbaik untuk realisasikannya.

Kalau nak tahu, pasangan ini pernah bersanding sekali lagi pada 16 September yang lalu sempena majlis ulangtahun perkahwinan mereka yang kesembilan tau!? Wah, dah macam pengantin baru! Dia melakukan perkara tersebut kerana juga sebagai menghargai Eira.

Alhamdulillah berkat bantuan adik kandung, adik ipar dan rakan kongsi produk Bobba Fitz. Dengan bantuan penaja lain termasuk Rass Deco, jadilah apa yang saya impikan. Saya bersyukur ditemukan isteri. Dialah ‘supermom’ kepada anak kami. 

Biarpun kami berbeza sikap, tapi apabila masuk dalam dunia perkahwinan, kami saling percaya. Kami kini lebih matang. Elakkan hal negatif dan tak perlu. Tak sangka juga perkahwinan kami sudah melepasi angka sembilan. Rasa macam baru saja kahwin dan bercinta dengannya.

Seronok Ohmedia tengok pasangan ni kekal utuh dalam hubungan rumah tangga walaupun sudah sembilan tahun mendirikan rumah tangga. Untuk pengetahuan, Eira dan Azad dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Ameisya Leanne Rose, Amarra Sofea Rose, Areisya Suri Rose.

OHMEDIA: SELAMAT PENGANTIN BARU, EIRA DAN AZAD!

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media