Dipercayai Pandu Dalam Keadaan Mabuk, Seorang Pemandu Honda City Nyaris Ragut Nyawa Warga Emas


Baru sahaja berlaku petang tadi di mana seorang pemandu Honda City telah bertindak memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyusahkan pengguna jalanraya yang lain. Pada mulanya pemandu berkenaan memandu dalam keadaan tidak betul sebelum hampir melanggar (bergesel) seorang warga emas yang sedang berbasikal.



Selepas hampir melanggar warga emas berkenaan, kererta yang dipandu seorang lelaki terbabas lalu melanggar sebuah pokok. Tindakan pemandu mabuk berkenaan telah mengundang kemarahan pengguna jalanraya yang berhenti menolong mangsa.



Kejadian dilaporkan berlaku di Lebuhraya MRR2 dari Pandan Indah menghala Ulu Klang, berhadapan Tesco Ampang.bMenurut info, warga emas berkenaan hanya mengalami luka ringan akibat bergesel dengan kereta berkenaan dan dihantar ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan susulan.

OHMEDIA: INGAT REDA DAH PASAL KES PEMANDU MABUK NI. ADALAGI RUPANYA! SIANG HARI PULA TU MABUK. NASIB NYAWA PAKCIK TU TAK MELAYANG.

Kredit: Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS

+ Baca respon pembaca mengenai pemandu mabuk nyaris ragut nyawa warga emas di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media