"Jaga kerja kalau tak nak menganggur," itu pesanan netizen terhadap kakitangan awam mahupun swasta selepas melihat ramai orang yang sanggup beratur panjang demi menghadiri temuduga bagi mengisi kekosongan di Keretapi Tanah Melayu (KTM) semalam.
Berdasarkan video yang dimuat naik oleh Daddy Sado di Twitternya, kehadiran calon yang terlalu ramai sehingga mereka terpaksa beratur di tepi jalan raya.
Walk in interview di IKM Manjung. Goshh seriously many are unemployed nowadays.... huhuhu#jagakejekalotaknaknganggur pic.twitter.com/1JOt7eXImG
— Daddysado20 (@daddysado20) September 24, 2020
Menurut sumber, pihak KTM sebenarnya hanya memerlukan 200-300 pekerja baharu bagi empat jenis jawatan yang ditawarkan. Bagi yang berjaya temuduga kelak, akan diarahkan bertugas di Bukit Tengah atau Padang Besar berikutan banyak kekosongan di dua lokasi itu.
Dalam pada itu, Hafiz turut menasihatkan, bagi yang berminat menghadiri temuduga itu haruslah menepati beberapa syarat utama da
tbh sebenarnya KTM nk pakai 200-300 org ja especially post untuk technician Juruteknik, and bersedia la anda untuk kena posting Bukit Tengah or Padang Besar sbb sini ramai nak pakai technician Ets/Emu.
— hafiz (@cygaraga) September 24, 2020
klau dpt Bukit Tengah untung sini makan murah & kami slalu masak kt pantry 😅
info terbaru, kalau sesapa yg rabun warna, pakaian tak formal, tak bawa gambar passport or tak cukup dokumen memang HR tak layan dah, sbb yg mai memang ramai. apa² pun banyak² lah berdoa & aku harap dimurahkan rezeki ya gais 🙏😊
— hafiz (@cygaraga) September 24, 2020
Disebabkan jumlah calon yang terlalu ramai itu sehingga melimpah keluar dari premis dan ada yang terpaksa menunggu di kawasan tempat letak kereta dan tepi dewan, pihak KTM meminta mereka semua menyerahkan resume masing-masing.
Memang ramaaaiii gilaaaaa , suami sy pergi pkul 8 tak dapat iv pon last diorang suruh balik je 🥺 pic.twitter.com/MGr264HO6H
— sunflwr (@snflwr_hz) September 24, 2020
Ni yg dalam. Blkg2 dewan tu banyak lg yg tersorok beratur 🤦🏻♂️ pic.twitter.com/jBGokU3xKj
— Impostor (@zulalias95) September 24, 2020
Netizen turut meluahkan rasa kasihan pada anak-anak muda ini dan berharap mereka tidak berputus asa dalam usaha mencari pekerjaan.
Bagi netizen, perkara ini perlu diviralkan agar kerajaan sedar betapa 'struggle' nak survive. Bukannya hanya sibuk berpolitik dan memenuhkan tembolok sendiri.
Sumber : thereporter.my