Bengang selalu diejek ketika bermain game, remaja bantai kepala rakannya dengan tukul sampai mati


Seorang remaja lelaki bertindak membunuh rakannya kerana bengang selalu diejek ketika bermain game online. 

Kejadian itu berlaku di sebuah bengkel kenderaan di Jalan Letjen S Parman, Kota Malang, Jawa Timur, Indonesia pada Khamis lalu, 3 September 2020. 

Mangsa, Redi Setyo, 20, dipercayai selalu mengejek suspek, Muhammad Imron, 18, ketika bermain game online. 

"Suspek berasa sakit hati dengan mangsa yang selalu mengejeknya. Gagal mengawal kemarahan, suspek keluar dan mengambil tukul dari bengkel berhampiran.

"Ketika mangsa sedang sibuk bermain handphone, suspek memukul bahagian kepala mangsa sebanyak dua kali, bahu kanan dan juga dada mangsa," kata Ketua Polis Daerah Kota Malang, Leonardus Simarmata. 

Setelah membunuh mangsa, suspek terus melarikan diri menaiki pengangkutan awam dan pulang ke kampung halamannya di Jabung. 

Suspek sempat bersembunyi di kawasan sawah padi sebelum ditangkap polis, 36 jam selepas mayat mangsa ditemui. 

Suspek kini berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun atas tuduhan membunuh. 

Sumber: Tribun News



Sumber : thereporter.my