Terbaru! Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz dikatakan mengaku bersalah di Mahkamah Negara Singapura pada hari ini atas pertuduhan mencuri dan berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai pada 7 Ogos lalu. Dia dijatuhi hukuman penjara selama dua minggu dan didenda sebanyak RM1,500 oleh mahkamah tersebut.
Menurut laporan Harian Metro, Aliff telah didakwa mencuri wang sebanyak RM285 dan RM915 milik seorang ahli politik dan pelakon Indonesia iaitu Raja Yunika Perdhana Putri di dalam sebuah bilik hotel yang terletak di Nanson Road berdekatan dengan Havelock Road, Singapura.
Sebelum kejadian itu berlaku, mereka bertemu untuk berbincang mengenai mengembangkan kerjaya Aliff di Indonesia. Kemudian, Yunika pergi ke bilik lain untuk berehat dan meninggalkan beg tangannya berhampiran dengan Aliff sekitar jam 1 pagi.
Ketika Aliff meninggalkan bilik tersebut, Yunika mendapati wang tunai di dalam beg tangannya hilang. Timbalan Pendakwa Raya Sarah Siaw berkata dia akhirnya mengaku melakukan perbuatan mencuri itu kerana terdesak memerlukan wang untuk membeli makanan dan membayar pengangkutan.
Untuk pengetahuan, Aliff pernah menafikan mengambil wang milik pelakon itu dan telah membuat laporan polis.
OHMEDIA: TAK PASAL-PASAL KENA PENJARA.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media