Alat Sulit Remaja Lelaki Digigit Ular Sawa Ketika Buang Hajat


Seorang remaja lelaki yang dikenali sebagai Siraphop Masukarat berusia 18 tahun mengalami kecederaan di bahagian alat sulitnya kerana telah digigit dengan anak ular sawa ketika dia sedang membuang hajat.

Kejadian ini berlaku pada hari Selasa lalu di rumahnya yang terletak di wilayah Nonthaburi, Bangkok, Thailand. Menurut laporan Mirror UK, Siraphop dibawa ke Hospital Bang Yai yang berhampiran dengan rumahnya untuk mendapatkan rawatan.

Dia mendapat tiga jahitan dan doktor di hospital tersebut turut mencuci luka di bahagian alat sulitnya bagi membunuh bakteria daripada taring anak ular sawa yang sepanjang 0.30 meter itu.

Ketika membuang air di tandas, alat sulit saya dengan tiba-tiba rasa sakit. Saya cuba lihat ke dalam mangkuk tandas dan terkejut selepas ternampak seekor ular dengan percikan darah di dalam mangkuk tandas. Biarpun bersaiz kecil, gigitan ular itu cukup menyakitkan. Saya harap kecederaan pada alat sulit saya cepat sembuh.

Walaubagaimanapun, reptilia tersebut telah ditangkap oleh sekumpulan sukarelawan dan dibebaskan ke tempat asalnya. Ibu Siraphop iaitu Sutapath mengakui terkejut dengan insiden yang berlaku ke atas anaknya.

Saya tidak tahu bagaimana ular itu boleh memasuki rumah saya tetapi ada kemungkinan ia menerusi saluran yang dihubungkan dengan mangkuk tandas.

Macam manalah budak ni boleh terus membuang hajat tanpa membuat periksa di mangkuk tandas terlebih dahulu. Seram betul! Apapun, Ohmedia doakan semoga cepat sembuh.

OHMEDIA: PSST! LAIN KALI CHECK DULU TAU SEBELUM BUANG HAJAT.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media