Agong Jalani Rawatan Di Institut Jantung Negara


Menurut laporan Astro Awani, Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dikatakan sedang menjalani rawatan sejak semalam di Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengadu kurang selesa dengan kesihatan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata baginda dimasukkan ke Wad Diraja dan telah dinasihatkan supaya diawasi oleh doktor buat masa ini.

Adalah juga dimaklumkan bahawa Al-Sultan Abdullah dinasihatkan supaya diawasi oleh doktor ketika ini dan Seri Paduka Baginda tidak dalam keadaan yang membimbangkan. Baginda dijangka akan dibenarkan keluar dari IJN dalam waktu terdekat.

Untuk pengetahuan, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bergegas pulang pada hari ini untuk bersama dengan baginda selepas tiba di Kota Bharu, Kelantan semalam.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang tiba di Kota Bharu, Kelantan semalam dalam rangka lawatan peribadi bergegas pulang pada hari ini untuk bersama dengan baginda.

Jom kita sama-sama doakan untuk Yang Di Pertuan Agong agar diberikan kesembuhan dengan segera! Semoga cepat sembuh.

OHMEDIA: DAULAT TUANKU!

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media