3 maut, 1 kritikal akibat lemas dalam kereta yang enjinnya masih hidup


Dua maut, manakala dua lagi kritikal selepas kesemua mangsa dipercayai mengalami lemas karbon monoksida dan tidak sedarkan diri di dalam kereta di parkir sebuah stesen minyak di Sama Gagah, Lebuhraya Utara-Selatan.

Difahamkan, kesemua mangsa yang belajar dalam jurusan farmasi di sebuah kolej, dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Sungai Petani dan Pulau Jerejak, berhenti berehat di stesen minyak itu sebelum meneruskan perjalanan.

Semakan video dari kamera litar tertutup (CCTV) mendapati, kereta mangsa masuk ke stesen itu pada jam 8.30 malam. 

Salah seorang mangsa (Ayuni) ada menghantar mesej kepada ibunya pada jam 9.15 malam. Tetapi mangsa tidak kunjung tiba di rumahnya walaupun sudah jam 11 malam, menyebabkan bapanya bimbang lalu keluar mencari dan menemui mereka dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta yang enjinnya masih hidup. 

Bapa mangsa kemudian menghubungi talian kecemasan untuk meminta bantuan. 




Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 1.40 pagi.

Pegawai Perubatan Hospital Seberang Jaya (HSJ) yang berada di tempat kejadian memaklumkan keempat-empat mangsa berusia 21 tahun ditemui tidak sedarkan diri di dalam kereta Honda Odyssey. 

Sharifah Fariesha Syed Fathi, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala tiga lagi mangsa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Namun, Ayuni Shazwanie Shabri meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Dua lagi mangsa yang kritikal yang juga pasangan kembar, Nor Adilah Mohd Safwan dan Nor Aqilah.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes mati mengejut. 

Dalam perkembangan terkini, ibu saudara mangsa mengesahkan Nor Adilah yang dirawat di Hospital Tentera Lumut telah meninggal dunia.


Sumber: Harian Metro, Penang Kini, Scarleton

Sumber : thereporter.my