Bagi peminat animasi tanahair pasti mengikuti perkembangan syarikat animasi tempatan negara iaitu Monsta yang sebelum ini telah mengumumkan yang pihaknya terpaksa menangguhkan BoBoiBoy Movie 3 pada tahun 2022 yang sepatutnya ditayangkan pada 2021 berikutan wabak pandemik Covid-19.
Bagaimanapun, minggu lalu Instagram Monsta.Official ada menaikkan status yang mereka akan mengeluarkan filem Mechamato pada tahun 2021 dengan menggabungkan elemen tradisional dan teknologi di dalam filem ini. Perkara ini telahpun dilakukan di dalam BoBoiBoy Movie 2 dengan menggunakan elemen permainan traditional seperti Wau, Gasing, Congkak, dan Guli.
Bagi memastikan mesej ini dapat disampaikan dengan berjayanya, Monsta berazam untuk membawa filem Mechamato di rantau Asia Pasifik termasuklah Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
Siri animasi Mechamato mengambil latar belakang Kota Hilir daripada Bandaraya Melaka yang akan menampilkan keunikan budaya Malaysia seperti silat, budaya peranakan dan makanan tempatan, tetapi disulami elemen futuristik seperti robot dan kapal angkasa. Monsta turut memperkenalkan watak dalam siri animasi Mechamato iaitu Amato bersama rakannya, Pian, Mara, Deep serta watak sampingan, Bula dan Bili. - Kata Nizam.
Jika kami di Ohmedia sebelum ini menjalankan program Bina Bersama, pihak Monsta juga mengumumkan sebuah mini siri berjudul Destinasi Terbaik yang akan mempromosikan tempat pelancongan yang terbaik tetapi terkesan akibat Covid-19.
Tak sabar rasanya nak mengembara bersama BoBoiBoy yang dikatakan akan dipersembahkan dalam bentuk 3D dengan latar belakang dunia nyata.
Sumber: Oh! Media