Siapa jer yang tak kenal dengan jenama smartphone gaming dari Xiaomi Black Shark betul tak? Beberapa bulan lepas Black Shark baru jer perkenalkan smartphone gaming terbaru mereka iaitu Black Shark 3 di pasaran Malaysia dan baru-baru ini, mereka sekali lagi perkenalkan Black Shark 3 dengan kemas kini baru guys yang dipanggil Black Shark 3S.
Apa yang menariknya, Black Shark 3S ni didatangkan dengan skrin yang lebih baik dari Black Shark 3 dimana ia menggunakan skrin sebesar 6.67 inci FHD+ AMOLED dengan 120Hz refresh rate guys. Cip pemprosesan yang dikuasakan pula ialah cipset QualcommSnapdragon 865 bersama 3 pilihan bagi memori iaitu 12GB RAM bersama 128GB storage, 12GB RAM bersama 256GB storage dan 12GB RAM dan 512 GB storage.
Untuk kamera utama, Black Shark 3 ni dilengkapi dengan tri-kamera iaitu 64 megapixel sensor utama + 13 megapixel wide + 5 megapixel kedalaman dan untuk kamera depan pula hadir dengan 20 megapixel. Untuk bateri, ia didatangkan dengan bateri berkapasiti yang sama macam Black Shark 3 iaitu 4,720mAh bersama 65W fast-charging menggunakan USB Type-C.
Apa pandangan pengguna yang dah beli Black Shark 3 ni ya? Apapun, smartphone ni baru jer diperkenalkan di China dan masih belum tahu lagi bila akan masuk ke pasaran Malaysia.
Kredit: xdadevelopers
+ Baca respon pembaca kemaskini smartphone Black Shark 3 di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media