Penyerang bawah 19 tahun negara, Luqman Hakim berjaya menjaringkan gol dalam penampilan pertamanya bersama skuad bawah 21 tahun KV Kortrijk. Luqman yang baru sahaja berkelana di Eropah bersama kelab Belgium nampak sudah bersedia untuk memberikan aksi yang terbaik.
Walaupun pasukan beliau tewas 4-1 di tangan KRC Gent, ia tetap memberikan hasil yang positif kepada Luqman untuk meledak dengan lebih banyak gol apabila beraksi di saingan liga nanti.
Untuk pengetahuan korang, Luqman teleh menandatangani kontrak 5 tahun bersama KV Kortrijk di mana jumlahnya sekitar RM3 juta dan beliau juga disediakan tempat tinggal serta pengangkutan. Semoga KV Kortrijk menjadi batu loncatan kepada Luqman untuk memulakan karier sebagai pemain profesional di Eropah.
OHMEDIA: LUQMAN PASTI AKAN BUKTIKAN KEMAMPUAN BELIAU DI EROPAH
Kredit: KV Kortrijk
+ Baca respon pembaca Luqman Hakim jaringkan gol pertama bersama KV Kortrijk di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media