(Video) 'Lu kurang ajar!' - Bengang ditegur tak pakai mask, orang tua belasah 2 penumpang tren


Viral di media sosial video seorang lelaki menyerang dua penumpang tren kerana bengang ditegur tidak memakai pelitup muka. 

Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada pagi 27 Ogos lalu di Seoul, Korea Selatan.

Terdahulu, salah seorang penumpang menegur suspek yang tidak memakai pelitup muka seperti yang diwajibkan oleh kerajaan Korea Selatan pada Mei 2020 bagi mengekang penularan wabak Covid-19. 

Teguran itu membuatkan suspek bengang lalu menanggalkan selipar dan menampar muka lelaki itu bertubi-tubi.

Suspek kemudian menyerang seorang lagi penumpang lelaki berhampiran dengan menolak dan mencekiknya. Mangsa membalas serangan itu dengan menampar, menumbuk dan memijak perut suspek yang terjatuh di lantai. 

Penumpang yang lain cuba meleraikan pergaduhan itu, tetapi suspek enggan berhenti dan berterusan menyerang mangsa kedua.

Sebaik saja tiba di hentian stesen seterusnya, polis dan kakitangan stesen segera datang menahan suspek yang berusia 50-an terbabit, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Semenjak kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka, pihak polis menerima lebih 350 kes individu ingkar arahan tersebut. 

Sumber: News SBS



Sumber : thereporter.my