Saji
Saji mempersembahkan Bakar untuk hari kemerdekaan kalini. Betul suspen sebab ingatkan 4 sekawan ni nak bergaduh, rupanya ajak berjumpa tu sebab nak masak sama-sama.
Sunway Group
Tangan dihulur penuh berjasa, Teguh bersama satu suara. ‘Berkongsi’ itulah apa yang cuba disampaikan Sunway Group dalam video Kemerdekaan Ke-63 tahun ini di mana ia diinspirasikan dari kisah benar Jeperin Rasdu, seorang Sabahan yang dibesarkan dalam keluarga yang miskin.
Bagaimanapun, Jeperin dikelilingi rakan-rakan yang murah hati dan baik. Tontonlah video tu, ada banyak lagi nilai yang boleh kita gunakan dalam hidup ini.
Digi
Iklan Merdeka Digi kali ni memang betul-betul bagi kita semangat gais. Mesti ramai yang tertekan masa pkp ni kan? Macam-macam masalah yang datang dan tertunda. Bukan kita sorang jer terkena, tapi semua! Jadi, jangan putus ada dan tabahkan diri kita. Semangat gais semangat.
Eco World
Eco World ni betul buat Ohmedia sebak tahun ni. Mereka interview orang yang pernah dijangkiti wabak covid dan telahpun sembuh bertajuk REUNITED. Korang kena tengok sendiri pengalaman dan macam mana mereka cekal detim-detik yang tidak disangka tu.
Celcom
Apa yang dibawakan oleh Celcom pula lebih menarik apabila menggabungkan dua zaman yang berbeza tetapi melalui cabaran yang sama. Apa cabaran tu?
Celcom MeReka Merdeka menunjukkan bagaimana tekanan dihadapi oleh mereka pada penghujung tahun 1910 yang dilanda wabak Manchuria dan tahun 2020 pula dilanda wabak Covid-19.
Gamuda Land
Iklan Gamuda dipersembahkan dari perspektif jurugambar berpengalaman lebih 3 dekad, Bonnie Yap. Menurut Bonnie, ketika dia mula berjinak dalam bidang itu, pencakar langit yang yang ada di Kuala Lumpur hanyalah Menara Maybank. Sepanjang kariernya, dia melihat Malaysia telah semakin maju dengan citra budaya, tradisi dan makanan tersendiri.
Yoodoo
Seriuslah Yoodoo? Haha! Pertama kali tengok iklan Merdeka dari Yoodoo macam rasa seriuslah jadi macam ni? Memang kelakar dan banyak pengajaran yang kita boleh ambil.
Tetapi ada persoalan yang ditanya dalam iklan ni. Adakah Malaysia betul-betul bersatu? Nak tahu bersatu atau tidak korang kena tengok apa yang ada dalam kotak misteri Yoodoo dalam video ni. #MalaysiaPijakBersama
Harvey Norman/Samsung
Untuk Samsung pula sempena Hari Merdeka ni, mereka memang nak fokus bagi kita semua SALE sahaja yang bertemakan Gemilang Freedom Specials.
Ada banyak tawaran menarik yang kita boleh dapatkan dengan setiap pembelian produk Samsung terpilih. Contohnya, kita boleh jimat RM400 untuk pembelian Galaxy Watch, jimat RM999 untuk pembelian TV terpilih dan banyak lagi. Bermula dari 17 ogos hingga 16 September ini ya gais!
Maxis
Telko terkemuka ini pula menyampaikan mesej menyeru semua untuk memanfaat teknologi sebaik mungkin dalam usaha menabur bakti untuk semua. Dengan inisiatif itu, semestinya seluruh negara mendapat manfaatnya. Memang deep dan ada mesej tersendiri!
Petronas
Mesti ramai yang tengah tunggu filem pendek dari Petronas kan? Tahun ni mereka buat dalam betuk animasi. Video pendek ini berkisahkan setiap kesukaran yang datang, kita mesti dapat atasinya. Semua loghat setiap negeri pun dimasukkan sekali dalam video ni. Tak sampai 5 hari, filem pendek ni dah sampai 1juta view gais. Terbaik gila!
TNB
Iklan merdeka paling cute tahun ini! TNB mengetengahkan Deklarasi Anak Malaysia sebagai tema utama. Apa yang menariknya, keseluruhan iklan dibintangi anak kecil sekitar usia 5 tahun ke atas. Salah seorang berpakaian ala Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman. Comel jer!
Pepsi
Membariskan artis dari pelbagai latar belakang, Pepsi mencuri tumpuan dengan idea kreatif mereka mempersembahkan muzikal Malaysia. Ada artis grafiti, pemain sape, peniup seruling sehinggalah pemalu gendang dari pelbagai bangsa dan warna kulit ditampilkan. Kudos Pepsi!
Indah Water
Indah Water memberi tribute kepada staf mereka dan bertanya apa makna merdeka di mata mereka. Staf dari pelbagai jabatan dan bekerja dalam jabatan berbeza ditampilkan dalam video sempena bulan kemerdekaan ini. Jarang-jarang kita kenal staf belakang tabir kan, sekarang baru tahu.
Sumber: Oh! Media