Bagi peminat tegar kumpulan rock legenda, Wings pastinya sudah tahu mengenai konsert virtual sulung mereka yang dijadualkan 29 Ogos ini. Mesti ramai yang tak sabar dan teruja menanti tarikh itu nanti untuk bersama-sama berhibur dan menggegarkan pentas digital Konsert Wings Kita Merdeka.
Bukan setakat di Malaysia, kat mana-mana seluruh dunia pun boleh join sekali. Khabarnya, sudah ada peminat Wings dari Hong Kong, United Kingdom, Emiriah Arab Bersatu dan Australia pun dah beli tiket masing-masing.
Peluang menang hadiah eksklusif Wings
Khas untuk followers Oh! Media, dengan pembelian tiket menggunakan kod promo WKM001, korang berpeluang menang pelbagai hadiah eksklusif daripada Wings! Jam tangan edisi terhad ulang tahun penubuhan Wings ke-35 tahun antara hadiah yang jadi rebutan. Mana nak dapat barang eksklusif macam tu, dapat free lagi.
Baju, kasut berjenama pun ada
Selain tu, ada juga hadiah cabutan bertuah lain antaranya baucar kasut Dr. Martens, 10 helai baju Ed Hardy bernilai lebih RM300 untuk dimenangi! Untuk mereka yang suka shopping online, 5 baucar EasyBuyBye bernilai RM50 pun ada.
Penaja Asian Taste pula sediakan hamper kek lapis Sarawak dan produk makanan RM100 setiap satu. Tak ketinggalan Temure Cosmetics nak bagi produk dorang bernilai RM400. Banyak betul hadiah caburan bertuah ni.
Apa tunggu lagi, sebelum tiket sold out, tiket berharga RM35 boleh dibeli sekarang di SINI, dengan kod promo WKM001 untuk melayakkan join cabutan bertuah. Apa tunggu lagi?
Sumber: Oh! Media