Timbalan Menteri Pertahanan Akui Keluarkan Surat Minta Jawatan Lembaga Pengarah Untuk Anak


Baru-baru ini tersebar pula satu surat yang menyatakan cadangan permohonan perlantikan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Pharmaniaga membabitkan anak kepada Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Bagaimanapun, timbalan menteri berkenaan mengakui perkara itu dan kesal atas apa yang berlaku.

Saya ingin menjelaskan bahawa saya sudah memaklumkan agar surat permohonan dibatalkan khususnya kepada pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) supaya tidak melantik anak saya di mana-mana pengurusan LTAT.

Selain itu, saya akui terdapat beberapa kelemahan daripada pihak saya dan Insya-Allah, perkara ini akan diperbetulkan secepat mungkin. Sebenarnya surat yang diviralkan (ditularkan) terbabit sudah lama, bertarikh 5 Jun, malah anak saya sudah dimaklumkan sebelum ini bahawa dia tidak dilantik.
- Jelasnya.

Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku, lagi-lagi terhadap seseorang yang berjawatan tinggi dalam kerajaan.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut telah mengesahkan perkara itu dan beliau memaklumkan dirinya tidak mencampuri urusan pelantikan kerana ia terserah kepada syarikat terbabit untuk menerima atau tidak.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang ikuti isu ini di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media