TERKINI! Seperti yang dijangkakan, hari ini tiga lagi penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah ditahan SPRM bagi membantu siasatan.
Kali ini mereka yang ditahan adalah berusia antara 40 hingga 43 tahun dan ditahan sebaik sahaja memberikan kenyataan di pejabat SPRM di Putrajaya petang semalam.
Wang perlindungan ini seolah-olah menjadi suatu budaya dalam kalangan penguat kuasa sehingga menyebabkan peniaga-peniaga termasuk premis judi tidak takut kepada sebarang tindakan penguatkuasaan. - Kata sumber Berita Harian.
Nampaknya lebih ramai lagi akan ditahan kerana setakat ini sudah lapan orang penguat kuasa MBSA dan seorang peniaga warga Acheh yang menjual rokok seludup telah ditahan.
Kredit: Berita Harian
+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan kes ini di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media