'Tengok apa terjadi pada wajah saya' - Muka Mohd Safiuddin bernanah selepas buat pembedahan pemindahan lemak di dahi


Sabtu, 22/8/2020, ahli perniagaan, Safiey Illias atau nama sebenar, Mohd Safiuddin Illias, 26, mendedahkan dia bakal membuat pembedahan bagi menaikkan keningnya yang jatuh akibat kegagalan prosedur pemindahan lemak di dahi yang dibuatnya pada November 2019 oleh doktor tidak bertauliah. 

Kos bagi pembedahan itu dianggarkan sebanyak RM30,000 merupakan pembedahan yang sering dilakukan oleh kalangan selebriti Hollywood. 

"Pembedahan sebelum ini membuatkan kening saya tidak berada pada postur tulang kening seorang manusia normal. 

"Akibat kegagalan itu, lemah berpindah ke kening dan kening jatuh menyebabkan kelopak mata turut kelihatan berat dan sayu akibat lemak berlebihan di kelopak mata. 

"Disebabkan itu, saya perlu melakukan proses ini bagi menaikkan semula kening. Tiada istilah serik dalam diri saya termasuk juga dalam soal kecantikan. Lagipun apa yang saya buat ini adalah untuk membetulkan kesilapan prosedur sebelum ini," katanya. 

Bagi Mohd Safiuddin, masyarakat perlu jelas dengan apa yang terjadi kepadanya dan memohon orang di luar sana tidak membuat kesilapan yang dilaluinya itu. 

Hari ini, Isnin, 24/08/2020, Mohd Safiuddin mendedahkan pipinya bernanah dan berasa seperti ada ketumbuhan kecil.

Jelasnya, dia pada awalnya membelanjakan RM4,000 untuk membuat prosedur pemindahan lemak ke wajah. Dua bulan kemudian, dia membuang semula dengan kos empat kali ganda termasuk lima sesi suntikan bagi mencairkan lemak. 

Selepas itu, Mohd Safiuddin mula berasa pelik, seperti ada ketumbuhan kecil di pipi kanan yang menyebabkan pipinya bengkak, bernanah dan luka. 

"Apabila saya buat pemeriksaan pada doktor pakar, dia pun pelik. Cuma mungkin ia sisa yang tertinggal selepas membuat prosedur itu. 

"Tidak dapat dipastikan sama aia sisa lemak atau silikon. Jadi, semalam saya sudah keluarkan nanah itu dan baki sikit lagi.

"Nasihat saya, kalau nak buat prosedur atau pembedahan kosmetik pada wajah atau bahagian lain di badan, kena periksa dengan betul. Jangan main buat saja.

"Tengok apa yang terjadi pada wajah saya ini. Mujurlah kos ketika buat pemindahan lemak itu cuma RM4,000. Tapi, memberi kesan sampingan pula. Apabila bernanah, memang teruklah," katanya. 

Sumber: Harian Metro



Sumber : thereporter.my