Hangat sekarang ini mengenai seorang pensyarah yang meninggal dunia akibat dijerut dengan tudung oleh suaminya akibat tidak berpuas hati dengan tindakan wanita berkenaan memfailkan penceraian meskipun sebelum itu suami berkenaan sudahpun melafazkan penceraian.
Hari ini terdapat petunjuk terbaru yang mengukuhkan lagi bahawa pembunuh sebenar kepada pensyarah berkenaan adalah suami pensyarah berkenaan. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff mendedahkan bahawa tindakan suami pensyarah berkenaan membuat tempah e-hailing terus ke tempat kejadian membuktikan segalanya.
Sekiranya suspek ingin mencari si mati mestilah di beberapa kawasan, sebaliknya suspek terus menuju ke tempat mangsa dibunuh. Susulan itu polis menahan suspek untuk siasatan lanjut.
Sumber gambar dari Harian Metro |
OHMEDIA: SEMOGA KEADILAN UNTUK ARWAH DITEGAKKAN.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca mengenai pembongkaran kematian pensyarah di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media