Salman Khan Hampir Dibunuh


Menurut laporan Filmfare, pelakon popular Bollywood iaitu Salman Khan dikatakan hampir dibunuh dengan kumpulan penembak tepat, Lawrence Bishnoi. Walaubagaimanapun, salah seorang daripada ahli kumpulan tersebut telah ditahan oleh pihak polis.

Suspek yang dikenali sebagai Rahul pernah didakwa melakukan pembunuhan terhadap seorang penduduk di Faridabad, India. Apa yang lebih mengejutkan, suspek mendedahkan ketika proses siasatan bahawa dia merancang untuk membunuh Salman.

Bukan tu jer, suspek juga pernah pergi ke kawasan kediaman pelakon tersebut selama dua hari untuk membuat tinjauan pada sekitar Januari lalu atas arahan dari pihak Bishnoi dan seorang lagi anggota kumpulan terbabit.

Berdasarkan siasatan, Rahul mendedahkan dia telah pergi ke kawasan kediaman Salman pada Januari lalu untuk tujuan memantau sebelum membunuh pelakon itu. Dia berada di kawasan itu selama dua hari, tindakan itu merupakan arahan dari pihak Bishnoi dan seorang lagi anggota kumpulan terbabit. -kata pegawai perhubungan awam Balai Polis Faridabad, Sube Singh

Untuk pengetahuan, rancangan mereka untuk membunuh Salman Khan itu tidak berjaya dan kini Rahul dihadapkan ke mahkamah dan akan menjalani siasatan lanjut.

OHMEDIA: SENDIRI BUAT, SENDIRI TANGGUNG.

Kredit: Filmfare

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.






Sumber: Oh! Media