Demi mengejar view untuk mendapatkan Adsense, seseorang YouTuber sanggup berbuat apa sahaja content asalkan matlamatnya tercapai, meskipun tidak sesuai dilakukan. Misalnya YouTuber dari Indonesia ini, dia yang dikenali sebagai Edo Putra dari Palembang ini telah tergamak melakukan prank daging korban.
Sumber gambar dari Youtube |
Seperti semua tahu, tidak semua orang mampu untuk beli dan menikmati daging terutamanya mereka yang susah memandangkan harganya yang mahal. Jelas tindakan lelaki ini dianggap keterlaluan kerana cuba mempermainkan golongan berkenaan. Tak dapat digambarkan bagaimana perasaan mangsa pada mulanya ditipu oleh YouTuber berkenaan.
Susulan dari kejadian ini, YouTuber berkenaan dan rakannya ditahan oleh pihak berkuasa tempatan dan disahkan sendiri oleh Ketua Polis Palembang, Anom Setiyadji. Untuk info korang, prank jenis ni bukan pertama kali berlaku di sana, sebelum ini ada seorang YouTuber bernama Ferdian Paleka turut melakukannya dengan memberi bungkusan berisi taugeh busuk dan batu pada gelandangan, menyebabkan dia turut ditahan oleh pihak polis negara itu.
OHMEDIA: DEMI ADSENSE, MARUAH DAN HARGA DIRI ORANG LAIN SANGGUP KAU JAJA. JENIS MANUSIA TAKDA AKHLAK!
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca prank daging korban akhirnya makan diri seorang YouTuber di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media