Semalam (25 Ogos 2020) Ohmedia ada kongsikan satu artikel yang menunjukkan seorang anggota polis trafik telah menendang penungang motosikal sehingga jatuh apabila dia bertindak cuba melarikan diri dari pemeriksaan dan membuat u-turn.
Bagaimanapun penunggang motosikal terbabit masih belum membuat sebarang laporan polis dan kini anggota polis trafik sedang disiasat dan ditugaskan di pejabat sahaja buat masa ini.
Sekiranya terbukti anggota trafik itu bertindak di luar batasan peraturan, tindakan tatatertib akan dikenakan terhadapnya. Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak memandang serius kejadian ini. - Kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail.
Aidi berkata, hasil pemeriksaan mendapati, penunggang terbabit tidak mempunyai lesen memandu selain cukai jalan motosikal sudah tamat tempoh.
Bagaimanapun, netizen di sosial media dilihat menyokong tindakan polis trafik berkenaan yang melakukannya secara spontan dan kerana penunggang motosikal terbabit boleh membahayakan orang ramai.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca yang sokong tindakan polis trafik ini di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media