Penduduk Tempatan Terlibat Bawa Masuk PATI Dalam Negara


Ohmedia rasa geram betul bila baca berita tentang orang kita sendiri yang akhirnya bersubahat untuk seludup masuk Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) masuk ke dalam negara.

Baru-baru ini, Harian Metro ada menaikkan satu berita di mana pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mengesan lokasi transit sekumpulan PATI yang cuba menyusup masuk ke dalam negara secara haram.

Bagaimanapan kejadian yang berlaku di ladang kelapa sawit di Kampung Tinagat, Tawau itu hanya berjaya menahan seorang lelaki warga Indonesia dan hasil serbuan kedua di Jalan Batu Payung pula berjaya enam lagi PATI.

PPM menahan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun bersama PATI berkenaan. PATI berkenaan terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita masing-masing berusia antara 20 hingga 57 tahun serta seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun. - Kata Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah Empat Tawau Deputi Superintendan Mohd Nazari Ismail.


OHMEDIA: KAMI YAKIN INI BUKAN KERJA SEORANG INDIVIDU, PASTI ADA LEBIH RAMAI AHLI KUMPULAN YANG TERLIBAT DALAM PENYELUDUPAN PATI. DIHARAPKAN LEBIH RAMAI AKAN DITANGKAP.

Kredit: Harian Metro| Markas Operasi Pasukan Polis Marin Tawau

+ Baca respon pembaca yang geram dengan kes ini di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media