Penat Nak Bersesak? Ini Tips Cari Pasar Raya Kurang Sesak Ketika PKP!


Seperti yang semua tahu, kita sedang melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dijadualkan berakhir pada 31 Ogos ini. Walaupun keadaan perlahan-lahan kembali normal, orang awam diwajibkan memakai mask, sentiasa mencuci tangan dan menjaga penjarakan fizikal di tempat awam.

Kita semua mesti mengelak 3 C iaitu crowded place (tempat sesak), confined space (kawasan sempit) dan close conversation (perbualan jarak dekat). Ramai sudah mula patuh pada prosedur operasi standard (SOP), tapi kadang kala penjarakan sosial sukar dikekalkan kerana terlalu ramai orang pada satu-satu masa.

Mesti ramai yang masih risau nak bersesak di pasar raya ketika membeli barang keperluan harian. Susah nak kekalkan jarak selamat bila dah ramai-ramai di tempat tertutup kan. Memahami dan prihatin dengan keadaan ini, jenama Susu Goodday bekerjasama dengan aplikasi Waze mengoptimumkan kecanggihan teknologi untuk kepentingan dan keselamatan rakyat ketika membeli-belah. 

Manfaatkan teknologi secara optimum untuk kegunaan harian


Untuk mewujudkan persekitaran membeli-belah barang keperluan lebih selamat, Susu Goodday bersama Waze mengenal pasti pasar raya yang kurang sesak untuk dikunjungi. Kerjasama paling sepadan kan? Sebab Susu Goodday diminum setiap hari, Waze pula digunakan setiap hari untuk ke mana saja lokasi!

Dengan data sejarah navigasi Waze, pengguna akan dicadangkan pasar raya yang mempunyai kurang trafik. Bolehlah berbelanja dengan tenang tanpa perlu fikirkan keselamatan dan kesihatan diri di tempat awam kan?

Dalam kolaborasi bersama Waze ini, Susu Goodday kini boleh mencadangkan kepada pengguna ke pasar raya kurang sesak. Contohnya bila korang tengah drive dan menghampiri pasar raya kurang sesak, Waze akan menyarankan korang ke lokasi tersebut dengan menunjukkan pin logo Susu Goodday.

Beri cadangan dengan carian kata kunci



Jika pemandu membuat carian kata kunci seperti ‘groceries’, ‘hypermarket’, ataupun ‘supermarket’ di search bar, Waze juga akan mencadangkan outlet kurang trafik yang ditunjukkan dengan pin/anak panah logo Susu Goodday. Data sejarah dimiliki Waze membolehkan aplikasi itu memberi maklumat mengenai pasar raya kurang sesak yang berada dalam radius tempat semasa sekaligus memudahkan urusan membeli barangan dapur secara selamat.

Sejak bermulanya PKP, Susu Goodday tidak ketinggalan dalam menjaga keselamatan dan kesihatan penggunanya, untuk memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Ini adalah antara inisiatif dilaksanakan kepada pengguna untuk menekankan kepentingan amalan sihat ketika berdepan pandemik.

Inisiatif Susu Goodday dan Waze ini merupakan usaha untuk memberi pengalaman membeli-belah barang keperluan dengan selamat untuk pengguna di sekitar Lembah Klang buat masa sekarang. Diharapkan usaha murni ini akan memudahkan kehidupan rakyat Malaysia dalam mengharungi situasi mencabar Covid-19.



Sumber: Oh! Media