Pemuda Sosialis DAP Tampal Tulisan Cina, Sultan Selangor Arah Ganti Semua Papan Tanda Bahasa Melayu


Hari ini kita digemparkan lagi dengan isu penampilan tulisan cina pada papan tanda jalan dan ini dilihat seperti sengaja untuk mengganggu keamanan dan mencetuskan ketegangan kaum di Malaysia.

Menurut laporan Berita Harian, perkara ini dilakukan oleh Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) yang menampal pelekat bertulisan Cina pada papan tanda jalan di sekitar bandar raya Kuching yang berniat menghasut.

Perkara ini turut mendapat perhatian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan supaya semua papan tanda jalan yang mempunyai tulisan Cina di Shah Alam untuk ditanggalkan.

Baginda bertitah yang semua papan tanda itu perlu digantikan dengan yang baharu dan perlu ditulisa dengan satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Melayu.

Dalam satu surat rasmi daripada pihak istana yang tular, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menegaskan, titah baginda itu perlu dilaksankan segera selewat-lewatnya sebelum tarikh Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda iaitu pada 11 Disember ini.

Sebelum ini juga timbul isu yang sama apabila bekas Menteri Industri Utama, Teresa Kok pernah bergambar di sebelah papan tanda yang mempunyai tulisan Jawi dan mempertikaikan perkara itu sehingga berlakunya pemasangan papan tanda dengan tulisan Cina.

Kredit: Malaysia Gazette | Berita Harian 

+ Baca respon pembaca yang geram dengan isu ini di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media