Berita ini pastinya mengejutkan ramai peminat superhero Marvel Black Panther apabila sebentar tadi pelakon yang memegang watak superhero ini iaitu Chadwick Boseman telah dilaporkan menghembuskan nafasnya terakhir.
Punca kematiannya adalah berikutan kanser kolon yang dihadapinya sejak tahun 2016 lagi. Sejak itu, beliau tetap kuat bekerja sehingga berjaya memegang watak utama Marvel ini yang akhirnya pergi pada hari ini.
Boseman yang berusia sekitar 40-an itu tidak pernah menunjukkan sakitnya dan membincangkan keadaan kesihatannya secara terbuka kepada pihak media mahupun peminat.
Menjadi satu penghargaan untuk kerjayanya untuk membawa watak King T'Challa dalam filem Black Panther. - Dipetik dari akaun media sosial Boseman.
Boseman pergi di rumahnya di sisi isteri dan ahli keluarganya.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media