Sebelum ini Ohmedia ada naikkan satu artikel di mana anak VIP turut ditangkap ketika dalam serbuah disebuah pub di Kuala Lumpur. Selepas itu ramai yang menyatakan anak VIP itu adalah anak kepada Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.
Terbaru, Mukhriz sendiri telah mengakui perkara itu apabila anak perempuannya bersama menantunya terlibat bersama 29 pengunjung lain di dalam sebuah pub dan ditahan polis pada pagi Ahad lepas.
Benar, anak dan menantu saya, dibawa ke balai pada awal pagi bersama 27 yang lain, atas kesalahan langgar arahan PKPP. Memang patut kena kompaun. Ikut undang-undang kena bayar tak bagi diskaun dan PDRM kuat kuasakan undang-undang tanpa pilih kasih, itu paling penting. - Katanya.
Mukhriz juga mengesahkan anak perempuannya bersama suami sudah menerima kompaun sebanyak RM1,000.
Bagaimanapun, Mukhriz menunjukkan keyakinan yang kes ini tidak akan menganggu persediaan parti PEJUANG dalam mengahadapi PRK DUN Slim.
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media