Lim Guan Eng Tak Puas Hati Ditempatkan Dalam Lokap Sempit, Tanpa Tilam & Perlu Pakai Baju Oren


Sepanjang pendakwaan bekan Ketua Menteri Pulau Pinang di mahkamah berikutan kes rasuah dan ditahan SPRM, netizen mula mempersoal mengapa Lim Guan Eng tidak memakai baju tahanan berwarna oren yang selalunya dipakai tertuduh?

SPRM bagaimanapun tampil menjelaskan situasi ini dan menepis dakwaan mengatakan pihaknya bersikap berat sebelah ketika menyiasat bekan Menteri Kewangan ini.

Kami tidak berat sebelah (pada) mana-mana pihak, kami jalankan tugas seperti biasa dan secara telus dan profesional. Mana-mana pegawai penyiasat (yang) gunakan baju lokap warna oren (kepada individu) adalah bawah budi bicara pegawai penjaga lokap dan pegawai penyiasat.

Hal ini sudah saya ulang banyak kali, dia (pakai baju reman SPRM) terpulang kepada budi bicara berkenaan.
- Jelas Ketua SPRM, Datuk Seri Azam Baki.

Sebelum ini, Lim Guan Eng yang ditahan SPRM telah berkongsi keadaannya ketika dalam tahanan di mana tidak bernasib baik seperti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib kerana dia terpaksa tidur atas lantai papan tanpa bantal atau tilam.

Lim Guan Eng juga mendakwa dia ditempatkan dalam bilik yang sempit dan terpaksa tukar pakaian jingga SPRM. Tidak cukup dengan itu, Lim Guan Eng juga tidak berpuas hati kerana Najib tidak perlu bermalam di dalam lokap walaupun sehari.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media