Oleh kerana kerana tidak menerima hakikat tindakan si isteri yang memfailkan penceraian keatasnya, seorang lelaki nekad membunuh isterinya dengan menjerut leher sehingga mati dengan menggunakan tudung, hasil dari siasatan polis dan post mortem yang dilakukan oleh pihak hospital. Kejadian dilaporkan berlaku berhampiran dengan tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya, setelah mayatnya ditemui khamis lalu.
Dikatakan sebelum kejadian, si suami berpura-pura mencari isterinya. Dia kemudian bertindak memohon bantuan Mers 999, kononnya dia menemui isterinya itu dalam tidak sedarkan diri pada jam 1 pagi. Hakikatnya lelaki berkenaan telah membunuh isterinya terlebih dahulu, kemudian membawanya ke tasik berkenaan lalu menukarkan tempat mangsa ke tempat duduk pemandu sebelum meninggalkannya disana.
Dia kemudian pulang kerumah dan keluar semula bersama anak untuk mencari isterinya menggunakan e-hailing memandangkan kereta miliknya sudah ditinggalkan bersama isteri di tempat kejadian. Lelaki berkenaan mengaku bersalah melakukan perbuatan berkenaan kerana terlalu marah dengan tindakan isterinya yang tetap mahu failkan penceraian. Untuk info, pasangan ini telah berkhawin pada 2005 dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 14 tahun.
OHMEDIA: BILA MANUSIA HILANG PERTIMBANGAN, MEMBUNUH PUN MEREKA SANGGUP ASALKAN MEREKA PUAS.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca lelaki nekad bunuh isteri gara-gara failkan penceraian di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media