Nampaknya perangai mereka yang perlu dikuarantin di rumah semakin tak boleh nak dibawa bincang. Lagi kes membabitkan seorang lelaki di Pulau Pinang yang mengingkari arahan menjalani kuarantin di rumah menyebabkan dia dikompaun sebanyak RM1,000.
Dia dikenakan kompaun berkenaan setelah kantoi dengan pemilik gerai ketika dia cuba memasuki gerai pemilik berkenaan. Lelaki menyedari bahawa pemilik gerai telah melihat gelang yang pakai, lalu dia bertindak melarikan diri sebelum ditahan oleh pemilik gerai itu sendiri.
Sumber gambar dari Sinar Harian Plus |
Menurut info, ujian saringan awal yang dijalankan keatas lelaki berkenaan mendapati ianya negatif Covid-19, namun dia diminta hadir untuk menjalani saringan susulan pada Isnin.
OHMEDIA: ORANG JENIS TAK FAHAM BAHASA NI SUSAH. MENYUSAHKAN!
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca pemilik gerai tahan lelaki dengan tag kuarantin di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media