Lelaki Bangladesh Md Rayhan Hanya Dihantar Pulang Tanpa Sebarang Dakwaan


Mesti ada yang tertanya-tanya tentang apa perkembangan kes melibatkan lelaki warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang sebelum ini berjaya ditahan pihak berkuasa selepas mengeluarkan kenyataan yang berniat jahat semasa ditemuramah Al Jazeera 3 Julai lalu?

Terkini, Rayhan dikatakan akan dihantar pulang tanpa sebarang pendakwaan selepas berada bawah tahanan Jabatan Imigresen Malaysia.

Perkara ini disahkan oleh peguam bela Md Rayhan iaitu K Sumitha Shaanthinni dan C Selvaraja di mana Rayhan akan terus dihantar pulang ke negara asalnya sebaik saja keputusan saringan Covid-19 selesai.

Pihak imigresen memutuskan untuk menghantar pulang Rayhan Kabir. Tidak akan pendakwaan dikenakan terhadap anak guam kami. Dia akan dihantar pulang sebaik keputusan saringan Covid-19 dilakukannya selesai dan tiket penerbangan tersedia. - Kata peguan bela.

Diharapkan tindakan ini dapat menjadi contoh kepada semua warga asing yang mendapat perlindungan dan mencari rezeki di Malaysia agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang akhirnya memberikan keburukan kepada diri sendiri.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan Md Rayhan di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media