Tahniah Ohmedia ucapkan kepada pasangan selebriti, Scha AlYahya dan Awal Ashaari yang bakal menyambut cahaya mata kedua tak lama lagi. Berita gembira itu telah diumumkan oleh anak pertama mereka, Lara Alana di laman Instagram.
Menerusi entri tersebut, Lara memberitahu kepada umum bahawa ibunya kini sedang hamil sambil memegang alat ujian kehamilan. Apa yang lebih melucukan, Lara turut memaklumkan akan mendapat adik lelaki.
Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tidak ada hadiah yang lebih bermakna dihari lahir saya selain daripada berkongsi kegembiraan ini dengan semua.
We are expecting our second baby. Doakan mommy dan baby sihat dalam kandungan dan dapat menjalani proses kehamilan dengan sempurna.
Syukur Ya Allah diatas rezeki ini dan doakan yang terbaik buat kami sekeluarga. P/s: Scha minta maaf sebab dia dalam fasa benci handphone sekarang ni. Saya pun kadang-kadang pun dia benci juga. Hahahaha. -kata Awal
Rata-rata warganet dan rakan artis turut mengucapkan tahniah kepada pasangan ini. Apapun, Ohmedia doakan agar Awal dan Scha dipermudahkan segala urusan. Tak sabar nak tengok adik Lara!
OHMEDIA: TAHNIAH!
Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media