Jenama smartphone paling pantas berkembang, realme, mengumumkan kempen 'Dare to Be realme' yang akan berlangsung serentak dengan realme 828 Fans Festival. Mesti gempak! Apa yang menarik dekat sana nanti?
realme 828 Fans Festival akan berlangsung pada 28 dan 29 Ogos ini dari jam 11.30 pagi hingga 10 malam, manakala pada 30 Ogos bermula 11.30 pagi hingga 12 tengah malam bersempena sambutan Hari Merdeka realme Design Studio.
Ramai artis memeriahkan majlis
Tak sah kalau ke event tak ada artis popular untuk menghiburkan pengunjung kan? Di realme 828 Fans Festival nanti ada Sufian Suhaimi, Floor88, Bunga, Insomniacks, Noki, Loca B, Tuju, Yonny x Zyn dan tidak ketinggalan, Sekumpulan Orang Gila. Rugi kalau lepaskan peluang keemasan macam ni!
Ada sale di Lazada
Bersempena dengan realme 828 ada sale sehingga 33% di Lazada untuk realme 6, realme Buds Air, realme X2 Pro, realme C11, realme 5i, realme 6 Pro, realme X3 Superzoom, realme Buds 2, realme Band, realme Watch dan realme Powerbank hanya pada 28 Ogos. Sehari je guys!
Shopee pun tak nak kalah!
Untuk pengguna Shopee, boleh menikmati diskaun sehingga 24% pada 28 Ogos ini untuk realme 6i, realme Buds 2, realme Band, realme Watch, realme Buds, realme Buds Air Neo, realme Buds Q, realme Powerbank 2, realme Buds Wireless dan realme Powerbank 30W.
Design Studio pertama di Malaysia
Selain itu juga, realme turut melancarkan realme Design Studio, yang pertama di Malaysia menggabungkan aspek teknologi dan seni di satu tempat. Jenama smartphone ini telah bekerjasama dengan pereka Naoto Fukasawa dan Jose Levy untuk menghasilkan produk realme paling in-trend ketika ini.
Selain Naoto, realme turut berkolaborasi dengan pereka-pereka dalam pelbagai bidang seluruh dunia untuk menghasilkan realme Design Studio yang mempunyai attitude, trendy dan selaras dengan realme.
realme Design Studio terletak di Lot 58370, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000, Kuala Lumpur. Jom ramai-ramai serbu weekend nanti!
Sumber: Oh! Media