Ketua Polis Negara Lakukan Pertemuan Terus Bersama Asri Janggut


Perkembangan baik buat pemilik Hot Burger, Mohd Asri Hamid apabila beliau sebentar tadi telah melakukan perjumpaan empat mata secara terus bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador di Bukit Aman.

Pertemuan ini dikatakan berlangsung pada jam 3 petang tadi dikongsikan oleh Friends Of PDRM di laman Facebook.

Perkembangan ini secara tidak langsung memberikan semangat dan jaminan kepada Asri untuk terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan keadilan. Ini juga pasti dapat menjamin keselamatannya yang dilihat semakin terancam selepas mendedahkan aktiviti haram yang berlaku di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh.


Asri juga mengadakan pertemuan bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli di Parlimen.

Walaupun sebelum ini Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar menafikan pendedahan itu sebagai fitnah, KPN tetap mengambil serius dan menyiasat anak buahnya bagi memastikan tiada seorangpun berani bekerjasama dengan sindiket.

Kredit: Friend Of PDRM

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan Asri di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media