Lagi, lagi dan lagi Israel dilaporkan terus melakukan serangan tanpa henti ke atas bumi Gaza dengan alasan ingin menyekat pergerakan Hamas.
Terbaru, serangan udara awal pagi Jumaat di Semenangjung Gaza telah dilakukan Israel dengan menjatuhkan bom mengikut laporan Agensi Anadolu.
Setelah serangkaian roket ditembak ke Israel dari Gaza awal malam ini, Tentera Udara kami baru saja menyerang sebuah markas tentera Hamas yang digunakan untuk pembuatan peluru roket di Gaza sebagai tindak balas. - Kata tentera Israel kepada pemberita.
Sebelum ini Israel turut telah menyekat bekalan perubatan untuk penuduk Gaza menghadapi wabak Covid-19 dan turut membuat larangan membawa masuk bahan bakar untuk penjana kuasa tenaga elektrik di Gaza sehingga menyebabkan wilayah Palestin itu gelap.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca yang geram dengan tindakan Israel di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media