Rasanya Ohmedia tak perlu perkenalkan lagi antara jenama syampu No.1 di Jepun iaitu Pantene yang baru-baru ni perkenalkan satu lagi produk rawatan rambut terbaru mereka iaitu Pantene Miracles. Apa agaknya yang ajaib dengan syampu ni?
Rasa nak sentuh rambut sepanjang masa!
Apa yang menarik, syampu Pantene Miracles ini dilengkapi dengan formula daripada pati kecantikan Liposhot yang kaya dengan Pro-Vitamin B5. Fungsinya adalah untuk membantu menyihatkan rambut dan menjadikannya sangat lembut.
Pantene Miracles menawarkan produk rawatan rambut yang terbaik dari Pantene dengan teknologi Liposhot yang menjamin rambut licin. Ini pastinya akan menghasilkan keajaiban terpantas untuk rambut kita. - Kata Jessica Biscocho, Haircare Brand Director P&G Malaysia.
Pantene Miracles Dual Active Oil Serum mengandungi serum jenis susu yang mampu menembusi dan mengelilingi rambut untuk mengelakkan minyak masuk ke dalamnya.
Pantene Miracles Energy Day Mist and Overnight Milk pula direka khas untuk merawat rambut kita yang terdedah pada waktu siang atau malam. Rawatan ini paling berkesan jika kita menggunakannya bersama Pantene Miracles syampu dan perapi.
Guardian Malaysia jayakan pelancaran Pantene Miracles
Kerjasama diantara Pantene dan Guardian Malaysia ini telah dilakukan beberapa hari lepas secara live di Facebook dan korang boleh lihat sendiri demo penjagaan rambut secara ajaib oleh pelakon popular Joey Leong dan hos radio terkenal Maggy Wang.Sumber: Oh! Media