Kehadiran Covid-19 sememangnya menjadi risiko perniagaan yang tidak dapat dijangka ramai usahawan. Walaupun negara sudah kembali merancakkan kembali ekonomi, perusahaan bersaiz mikro, kecil atau sederhana yang diusahakan peniaga pelbagai lapisan masyarakat tetap perlu dibantu.
Prihatin dengan impak ini, syarikat media digital dan pemasaran media sosial, iMedia Asia telah mengumumkan program #BinaBersama dengan pengagihan RM500,000 dalam bentuk inventori media.
Iklan PERCUMA di platform iMedia termasuk Oh! Media
Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada peniaga terbabit untuk melakukan pemasaran produk mahupun perkhidmatan mereka secara percuma di platform iMedia.
Platform yang terlibat adalah kami di Oh! Media, portal berita sosial yang kini mempunyai 3.6 juta pengikut di Facebook, Goody25.com, serta Ittify yang merupakan platform social influencer yang menghimpunkan lebih 6,000 influencer di Malaysia.
Oh!Media prihatin teruskan bantuan untuk usahawan pula.
Kami sangat mengalu-alukan program seperti ini kerana sudah menjadi tujuan asal penubuhan Oh! Media untuk membantu mereka yang melakukan perniagaan secara kecil mahupun besar dari dulu lagi.
Untuk pengetahuan anda, sejak bulan Mac 2020 lagi Ohmedia telah menjalankan program #OhMediaPrihatin yang memfokuskan untuk membantu mereka yang berkeluarga dan benar-benar dalam kesusahan untuk membeli barangan keperluan asas harian.
#BinaBersama boleh disertai semua peniaga sehingga RM500,000 habis dibelanjakan
Cara program ini dijalankan sangat mudah dan setiap permohonan akan disaring terlebih dahulu, bermula pada bulan ini (Ogos 2020) sehingga peruntukan RM500,000 dibelanjakan sepenuhnya. Jangan tunggu lama, terus daftar sekarang!
Ini cara untuk memohon iklan percuma
Untuk pendaftaran, anda perlu mengisi borang di SINI dan ikuti syarat yang telah ditetapkan. Kami akan menyenarai pendek perniagaan yang layak dan mencadangkan platform yang terbaik serta sesuai untuk pengiklanan anda. Mudah je!
Diharapkan program #BinaBersama ini dapat membantu peniaga di luar sana untuk melakukan pengiklanan, sekaligus menaikkan kembali keuntungan syarikat. Jika ada cadangan perniagaan yang dirasakan layak untuk dibantu boleh maklumkan kepada kami atau pihak iMedia.
Jom kongsi usaha ini dan sama-sama kita #BinaBersama.
Sumber: Oh! Media