Individu Boleh Tuntut Semula Wang RM1,000 Jika Disaman Tak Pakai Mask Dalam Kereta Sendiri


Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila orang ramai mula pertikaikan tindakan penguatkuasa yang mengeluarkan saman RM1,000 kepada orang ramai walaupun mereka berada di kawasan yang tidak ramai orang.

Perkara ini mendapat respon Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menjelaskan bahawa penguatkuasaan pemakaian pelitup muka ini diwajibkan hanya jika berada di tempat awam yang sesak seperti pasar, panggung wayang dan lokasi pelancongan serta menaiki pengangkutan awam.

Semalam tular di media sosial, ada (individu) yang dikenakan kompaun (tidak pakai pelitup muka) dalam kenderaan persendirian dan itu tidak betul. Individu yang menaiki kenderaan persendirian tidak perlu memakai pelitup muka dan tidak perlu juga diambil tindakan.(Jadi) bagi mereka yang sudah membayar kompaun itu di pejabat kesihatan, mereka boleh menuntut semula wang berkenaan (kompaun dibatalkan). - Jelasnya.

Sabri Yaakob juga memberi contoh jika ada individu yang duduk di tepi pantai dan tiada kesesakan di sana, tidak perlu disaman. Begitu juga jika ada individu beriadah di padang bola. Walaupun padang bola tempat awam, tetapi ia mempunyai keluasan yang besar dan penjarakan sosial dan fizikal boleh dipraktikkan. Jadi kompaun juga tidak perlu dikenakan.

Jadi, diharapkan pihak polis mampu menggunakan budi bicara mengenai situasi ini sebelum mengeluarkan sebarang kompaun.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan  ini di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media