HTC Perkenalkan Wildfire E2 Dengan Spec Rendah Menggunakan Cipset Helio P22


HTC sekali lagi memperkenalkan smartphone terbaru mereka iaitu HTC Wildfire E2 dan sudah mula dijual di pasaran Russia baru-baru ini. Menerusi GSM Arena, smartphone HTC terbaru dengan spesifikasi rendah ni tidak mempunyai pelancaran rasmi guys.


HTC Wildfire E2 ni didatangkan dengan skrin sebesar 6.22 inci IPS LCD HD+ beresolusi 720x1560 pixel. Cip pemprosesan yang dikuasakan ialah MediaTek Helio P22 dan memori 4GB RAM dan storage sebesar 64GB yang boleh dibesarkan lagi sehingga 128GB menggunakan microSD. Smartphone ni hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh bersama 10W fast-charging menggunakan USB Type-C.

Untuk kamera utama, ia dilengkapi dengan dual kamera iaitu 16 megapixel sensor utama + 2 megapixel kedalaman dan untuk kamera depan pula hadir dengan 8 megapixel. Kalau HTC Wildfire E2 ni masuk Malaysia, agak-agak korang nak beli tak?

Kredit: GSM Arena

+ Baca respon pembaca smartphone terbaru HTC di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media