Haqiem Rusli Buka Kedai Makan Pada Usia 22 Tahun


Penyanyi dan komposer, Ridzuan Haqiem Rusli atau lebih dikenali sebagai Haqiem Rusli berusia 22 tahun tidak pernah kenal erti serik untuk meneruskan perniagaannya walaupun sudah beberapa kali ‘gulung tikar’.

Sebelum ini, banyak bisnes saya usahakan tidak menjadi. Antara sebabnya adalah lokasi perniagaan kurang sesuai dan tiada kumpulan membantu apabila saya ada banyak komitmen.

Namun, bagi saya, semua itu pengalaman. Kalau kita gagal sekali, bukanlah bermakna kita gagal selama-lamanya. Saya banyak berkawan dengan usahawan. Merekalah yang memberi saya semangat agar tidak berputus asa.

Mereka menggalakkan saya menceburi bidang perniagaan berasaskan makanan kerana lebih terjamin. Biar dalam apa situasi sekalipun, orang akan makan. Saya suka memikirkan apa yang akan berlaku pada masa depan. Adakah saya akan terus kekal dalam industri atau sebaliknya, saya sendiri tak tahu.

Justeru, perniagaan ini adalah sebagai persediaan untuk menampung kehidupan saya pada masa akan datang. Kerjaya seni saya tetap seperti biasa. Berikutan kedai ini baru dibuka, dalam masa seminggu pertama, saya akan berada di sini untuk memantau sebelum sibuk dengan komitmen nyanyian.

Ohmedia dah lama tak dengar lagu daripada Haqiem. Walaubagaimanapun, Haqiem akan mengeluarkan lagu baharu tak lama lagi yang bertajuk Adlina Marie berdasarkan kisah benar di laman Twitter.

Lagu ini secara rasmi akan dilancarkan pada 21 Ogos ini dengan muzik video. Lama rasanya tidak muncul dengan lagu baharu. Ini bermakna saya akan kembali sibuk dengan urusan promosi dan sebagainya... Saya sangat teruja.

OHMEDIA: TAK SABAR NAK DENGAR LAGU BARU HAQIEM!

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.





Sumber: Oh! Media