Semalam kita dikejutkan dengan satu kemalangan ngeri melibatkan pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin di Litar Red Bull Ring, Austria.
Rakaman kemalangan yang tersebar di media sosial itu menunjukkan saat-saat di mana jentera Hafizh telah merempuh jentera milik pelumba Itali, Enea Bastianini yang terjatuh terlebih dahulu sehingga menyebabkan jenteranya terbelah dua.
Hafizh yang datang dari arah belakang telah terpelanting ke arah hadapan. Antara pelumba lain yang turut terlibat dalam kemalangan, ialah Edgar dan Farid Izdihar.
Hafizh yang nampak tidak bergerak sebaik sahaja terpelanting itu bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan dalam keadaan sedar.
Isteri Hafizh, Suzana Manaf turut berkongsi satu IG Story yang menunjukkan HS55 sedang cuba berjalan dengan menggunakan tongkat.
Kredit: MotoGP
+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan HS55 di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media