Hadapi Hukuman Penjara Sepanjang Hayat, Bekas Ahli Al-Ma'unah Dibebaskan Dengan Perkenan Agong


Semalam seorang bekas ahli Al-Ma'unah telah dibebaskan selepas dipenjara seumur hidup kerana terlibat dalam melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong ketika menyertai gerakan itu pada tahun 2000.

Individu itu telah dibebaskan selepas mendapat perkenan Agong dan telah pulang ke pangkuan keluarga pada jam 10.30 pagi.

Saya bersyukur kepada Allah kerana akhirnya memperkenankan doa saya sepanjang 20 tahun menjalani hukuman penjara. Lapan tahun menjalani hukuman di Penjara Kajang dan 12 tahun di Penjara Marang.

Hukuman itu banyak memberi pengajaran kepada saya dan bersyukur banyak ilmu agama dan kemahiran yang dipelajari sepanjang menjalani hukuman.
- Katanya yang dikenali sebagai Awie (bukan nama sebenar).


Awie turut mengucapkan terima kasih kepada Agong yang telah memberi perkenan untuk melepaskannya dan dia turut mengakui terkejut melihat pembangunan yang berlaku selepas 20 tahun terkurung di dalam penjara.

Rutin harian saya membaca al-Quran pada setiap hari, paling kurang dua kali sebulan khatam. Saya akan cuba bahagikan masa untuk meneruskan amalan harian saya di penjara itu seperti biasa. - Kongs Awie lagi.

Semoga Awie terus mempraktikkan apa yang telah dipelajari sepanjang berada di dalam penjara dan turut menjadi pengajaran kepada kita semua untuk tidak melakukan perbuatan yang boleh memudaratkan diri.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan bekas ahli Al-Maunah ini di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media