Seorang gadis yang dikenali sebagai Nurul Aina bekerja di Secret Recipe sejak 2018 menggunakan bakatnya dalam mewarna dan melukis untuk merealisasikan kemahuan pelanggan.
Menurut laporan Astro Gempak, Aina yang berusia 23 tahun itu akan mengikut tempahan yang dibuat oleh pelanggan dengan menyahut cabaran untuk menyiapkan dekorasi. Tempahan paling susah baginya adalah melukis gambar orang.
Saya memang minat melukis sejak sekolah lagi. Saya mula kerja dengan Secret Recipe pada tahun 2018. Pelanggan biasanya akan tempah tiga hari awal. Dekat situ ada dummy kek, dia nampak macam kek asli tapi sebenarnya palsu.
Jadi saya akan latih dulu sebelum melukis di atas kek yang ditempah. Saya mula dengan lukisan burung merak kerana ketika itu sambutan Deepavali.
Tempahan yang paling susah saya lukis adalah gambar orang. Saya akan jadikan macam kartun dulu. Nak kata memang serupa tu tak lah, ada beza juga dekat muka.
Apa yang lebih menarik, gadis ini juga meluangkan masa selama lima jam semalam bersempena ulang tahun keputeraan yang ke-60 dengan menyiapkan gambar Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KBDYMM) Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Yang gambar Raja Permaisuri Agong memang teliti saya lukis dari muka dan busana yang digayakan. Itu saya lukis atas dummy kek sebab sekadar suka-suka. Lama juga nak siap dari pukul dua sampai pukul tujuh petang semalam.
Saya tak harap Raja Permaisuri Agong perasan sebab tahu agak susah. Kalau ada rezeki, alhamdulillah. Kalau takda, saya okey saja. Tapi kalau saya ditawarkan untuk melukis di atas kek sebenar, insyaAllah saya cuba yang terbaik.
Wow! Terbaiklah sis. Apapun, Ohmedia doakan agar Nurul Aina terus maju jaya dan dapat capai impian awak pada suatu hari nanti. InsyaAllah.
OHMEDIA: TERUSKAN BAKAT AWAK!
Kredit: Astro Gempak
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media