Tahniah Ohmedia ucapkan kepada pelakon Mohd Affandi Nor Bakri atau lebih dikenali sebagai Fendy Bakry sah bergelar suami dengan pilihan hatinya, Ayu dengan sekali lafaz.
Majlis tersebut telah diadakan di sebuah dewan yang terletak di Setia Alam, Shah Alam yang dihadiri seramai 30 orang ahli keluarga terdekat masing-masing pada malam tadi.
Manakala mengenai mas kahwin daripada Fendy pula telah diberi sebanyak RM3008 dan lima dulang kepada pengantin perempuan yang berbalas tujuh dulang. Walaubagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarganya.
Kalau nak tahu, majlis pertunangan mereka sempat melangsungkan pada bulan Mac lalu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula disebabkan pandemik Covid 19. Malah Fendy juga berkata bukan dia tidak mahu menjemput ramai orang termasuk pihak media tetapi terbatas dengan prosedur operasi standard (SOP).
Keluarga masing masing pun sepakat teruskan yang wajib dulu. Nak jemput ramai pun takut ada yang terlepas pandang dan terasa hati. Jadi kita dahulukan yang mana perlu dan penting.
Ikutkan rancangnya nak nikah Januari depan. Tapi kita percepatkan benda baik. Nak tangguh lagi pun buat apa sebenarnya kerana kita tak tahu ke depan nanti bagaimana pula jadinya.
InsyaAllah selepas ini, majlis resepsi juga akan dibuat cuma belum ada tarikh tepat. Mungkin juga tahun depan kerana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan pun diteruskan sampai hujung tahun ini.
Apa yang lebih menarik mengenai isterinya adalah keperibadian Ayu yang suka mendahulukan keluarga dan mengambil berat sehingga membuatkan hati Fendy terpikat tau!? Pasangan ini juga dikatakan berkenalan pada tiga tahun lalu di Festival Teater Kebangsaan di Kedah.
Salah satu perkara yang mencuri perhatian saya terhadap isteri adalah sifat keperibadiannya. Dia tak kisah bersusah payah untuk saya selain keluarga. Ketika saya berdepan dengan masalah kesihatan sejak beberapa bulan lalu, dia antara yang tak berkira mahu membantu. Susah nak jumpa orang sepertinya.
Wah! Selamat pengantin baru kepada Fendy Bakry dan isteri, Ayu. Apapun, Ohmedia doakan agar pasangan ini berkekalan hingga ke Jannah.
OHMEDIA: TAHNIAH! LEPAS NI ARTIS MANA PULA KAHWIN?
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media