Ellie Tetap Dengan Pendirian Syor Lesen Untuk Pemilik Akaun YouTube


Ini lagi satu isu yang telah menaikkan kemarahan pengguna media sosial terutamanya rakyat biasa yang mencari makan menggunakan YouTube. Ohmedia maksudkan tentang seorang pelakon, pengarah dan penerbit Ellie Suriaty Omar yang menggesa pemilik akaun YouTube memiliki lesen sah sebelum mengeluarkan sebarang video.

Isu ini dibangkitkan Ellie yang melihat pemilik akaun YouTube mendapat pendapatan lumayan atas angin sehingga menjejaskan industri filem yang sah.

Ellie yang menerajui Gabung Anak Seni (GAS) itu menegaskan cadangan ini kepada pihak kerajaan agar penambahbaikan Akta FINAS 1981 dan Akta SKMM 1998 dalam diselarikan mengikut peredaran zaman.

Saya tidak kisah dikecam apabila menggesa kerajaan menyegerakan pengeluaran lesen bagi pengguna media sosial terutama YouTube. Orang di luar tidak tahu kesan yang terpaksa pemain industri hadapi akibat YouTube. Ramai Youtuber muda yang berjaya dengan kreativiti kandungan mereka hingga menjana pendapatan lumayan. Namun, ada antara mereka mengambil kesempatan daripada selebriti untuk mengaut keuntungan.

Ramai rakan saya sudah menjadi mangsa. Jadi, saya tidak mahu lebih ramai lagi yang terkena namun tidak dapat apa-apa faedah. Jadi, di mana hak kami golongan yang dipergunakan ini?
- Kata Ellie kepada Berita Harian.

Ellie juga menjelaskan dakwaan segelintir masyarakat yang mengatakan untuk menghasilkan sesebuah karya perlu mendapatkan lesen FINAS sebanyak RM50,000.

"Sebenarnya, produser hanya dikenakan RM2,500 untuk lesen penggambaran, tayangan, pameran dan pengedaran. Jadi, janganlah mengarut mendakwa mereka dikehendaki membayar RM50,000 untuk mendapatkan lesen. Kita tidak menghalang karya kreatif, malah kami tidak nafikan, ia adalah usaha yang baik. Tetapi apabila mereka menggunakan hak cipta dan kandungan kreatif tanpa meminta kebenaran kami, tidakkah mereka fikir kesannya kepada kami (penggiat seni)?. - Soalnya lagi.

Nampaknya isu ini akan lebih berpanjangan dan semoga satu penyelesaian dapat dihasilkan. Bagaimanapun agak tidak masuk akal apabila mereka yang ingin menaikkan video melalui YouTube dengan hasil kreativiti mereka sendiri perlu membayar dan mendapatkan lesen.

Apa pandangan korang?

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang merasakan cadangan ini tak masuk akal di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media